EU tak iktiraf Bukit Golan milik Israel

AS iktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel
AS iktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel
A
A
A

BRUSSLES - BELGIUM. Kesatuan Eropah (EU) berkata negara anggotanya tidak akan mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS) dalam mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel.

Ketua dasar luar EU Federica Mogherini mengeluarkan kenyataan pada Rabu bagi pihak anggota kesatuan itu, menyatakan pendirian mereka.

“Pendirian EU berhubung status Bukit Golan tidak berubah,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan sebelum satu mesyuarat Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keputusan Washington.

“Selaras dengan undang-undang antarabangsa dan ketetapan Majlis Keselamatan PBB 242 dan 497, EU tidak mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan.”

Pada Isnin Presiden Donald Trump menandatangani perisytiharan yang mengiktiraf penaklukan Israel ke atas bukit strategik itu, yang dirampas dari Syria semasa Perang Enam Hari 1967.

Tindakan Israel tidak diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Tiga ketetapan Majlis Keselamatan PBB menyeru agar Israel berundur dari kawasan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: