1,809 kes baharu, dua jadi korban Covid-19

Sebanyak 1,809 kes baharu positif Covid-19 dengan dua kematian dilaporkan pada Rabu. Foto hiasan
Sebanyak 1,809 kes baharu positif Covid-19 dengan dua kematian dilaporkan pada Rabu. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 1,809 kes baharu positif Covid-19 dengan dua kematian dilaporkan pada Rabu.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh CovidNow, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 4,471,174 dan kumulatif kes kematian pula 35,678.

Lima negeri dan wilayah melaporkan bilangan kes tiga iaitu Selangor 763 kes, Kuala Lumpur (386), Perak (151), Negeri Sembilan (140) serta Pulau Pinang (113).

Melaka (64), Putrajaya (39), Johor (33), Sabah (28), Sarawak (23) dan Pahang (13).

Kelantan dan Terengganu masing-masing melaporkan tujuh kes, Perlis (lima) dan satu di Labuan.

Sebanyak 23,048 kes aktif direkod di seluruh negara dengan 22,052 kes atau 95.7 peratus menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 25 pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 945 kes menerima rawatan di hospital.

Kes Covid-19 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan penurunan dengan hanya terdapat 10 kes berbanding hari sebelumnya, 13 kes.

Sementara, 16 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 1,911 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhannya, 4,449,593 kes.