Penang FC kembali dapat sentuhan Mamu Zainal

Zainal Abidin (kiri) kembali menjadi Ketua Jurulatih Penang FC. - Foto Penang Football Club
Zainal Abidin (kiri) kembali menjadi Ketua Jurulatih Penang FC. - Foto Penang Football Club
A
A
A

PASUKAN Penang FC kembali mendapat sentuhan jurulatih berpengalaman, Zainal Abidin Hassan selepas mengumumkan pelantikannya sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi menghadapi baki saingan Liga Super 2022.

Zainal Abidin sebelum ini pernah mengemudi pasukan Penang FA pada 2017 hingga 2018 sekali lagi diberi kepercayaan untuk mencetuskan kebangkitan semula Penang FC.

Menerusi Facebook Penang Football Club, pengurusan pasukan Harimau Kumbang itu mengalu-alukan kepulangan Zainal Abidin menjadi ahli keluarga Penang FC sekali lagi.

"Sama-samalah kita mendoakan segala daya kemudahan dan pencapaian hasil memberansangkan seperti mana yang diharap-harapkan oleh semua penyokong Penang FC.

"Kepercayaan yang diberikan bukan semata-mata atas ciri-ciri jenis dan corak permainan, taktikal dan kecergasan, malah mengambil kira segala faktor luar dan dalam padang yang boleh menjadi pengaruh yang positif untuk kebangkitan semula ini,"katanya.

Dalam pada itu, pengurusan Penang FC juga mengharapkan mutu pengadilan yang luhur dan adil serta bijaksana dalam setiap perlawanan melibatkan Penang FC.

Malah Penang FC juga mengharapkan Zainal Abidin dapat mengekalkan perhubungan mesra yang terjalin dengan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran sukan rakyat yang paling berprestij ini.

"Selebihnya, sama-samalah kita doakan yang terbaik kerana sesungguhnya tuhan itu maha mendengar dan maha tahu apa yang paling baik untuk kita semua," katanya.