Warga emas maut jatuh bangunan 14 tingkat

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga emas ditemui maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan pangsapuri 14 tingkat di Banda Hilir pada awal pagi Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki berusia 67 tahun itu pada jam 8.50 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa memandu sebuah kereta ke pangsapuri berkenaan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

"Setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan punca kematian masih diteruskan," katanya.

Tambahnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang sering sakit pernah memaklumkan kepada isterinya yang dia tidak mahu hidup lama.