1,155 kes baharu Covid-19, lima kematian

Setakat Ahad, seramai 939 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 34 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail Bernama
Setakat Ahad, seramai 939 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 34 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 1,155 kes baharu Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,503,734 kes setakat semalam dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 24,393.

Portal CovidNow menunjukkan daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 23,403 kes atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan 17 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan seramai 939 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 34 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Ahad ialah 1,975 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,443,676.

Pada masa sama, negara ini turut merekodkan lima kematian baharu akibat wabak tersebut pada Ahad.

Daripada jumlah itu, satu kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).