Sekurang-kurangnya 31 maut dalam rempuhan gereja di Nigeria

Beberapa selipar kelihatan di tepi jalan susulan rempuhan di sebuah gereja di Port Harcourt, negeri Rivers. - Foto AP
Beberapa selipar kelihatan di tepi jalan susulan rempuhan di sebuah gereja di Port Harcourt, negeri Rivers. - Foto AP
A
A
A

YAOUNDE (Cameroon) - Sekurang-kurangnya 31 orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian rempuhan di sebuah gereja di selatan Nigeria pada Sabtu.

Menurut Agensi Anadolu, memetik media tempatan insiden berlaku ketika gereja mengadakan majlis amal untuk membantu golongan memerlukan di Port Harcourt, di negeri Rivers.

Kejadian tercetus apabila beratus-ratus orang berebut-rebut untuk mendapatkan hadiah yang disumbangkan. - Bernama