Sila log masuk terlebih dahulu.

Sayap Pelajar, Sayap GRS Plus wajar dipertimbangkan dalam GRS

 Hajiji bersama pemimpin komponen GRS ketika Majlis Pelancaran GRS di SICC Kota Kinabalu.
Hajiji bersama pemimpin komponen GRS ketika Majlis Pelancaran GRS di SICC Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sayap Pelajar dan Sayap GRS Plus wajar dipertimbangkan penubuhannya dalam struktur Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertainya.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau akan membincangkan perkara itu bagi menghimpunkan badan-badan politik, pertubuhan bukan kerajaan (BGO) dan pihak yang menyokong perjuangan parti berkenaan.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah memaklumkan penubuhan GRS sebagai entiti politik rasmi bersama empat teras perjuangan termasuk Sabah First, Sabah Forward dan Sabah Prosper.

"Atas sebab itu, perjuangan Sabah First, Sabah Forward dan Sabah Prosper harus bergerak seiring bersama perjuangan Sabah United iaitu mewujudkan Sabah yang bersatu sebagai teras yang keempat," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pimpinan GRS menerima maklum balas daripada akar umbi yang mahu parti itu menjadi struktur lengkap.

"Ini sebenarnya membantu GRS untuk mengembangkan pengaruh sambil melibatkan lebih ramai ahli dalam parti.

"Saya fikir itu satu cadangan yang cukup baik. Sekarang ini usia pengundi mula menurun kepada 18 tahun, jadi perlu ada pendedahan kepada pengundi muda supaya mereka benar-benar memahami tanggungjawab sebagai pengundi," katanya ketika diminta mengulas berkaitan penubuhan Sayap membabitkan Wanita, Pemuda, Pelajar dan GRS Plus dalam gabungan itu.

Sebelum itu, Hajiji melancarkan GRS secara rasmi selepas ditubuhkan bersama empat parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Bersatu Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Artikel Berkaitan:

Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pula diterima menyertai GRS pada awal Mei lalu untuk bersama-sama menggerakkan gabungan itu.