HONOR Magic4 Pro bakal gegar pasaran Malaysia pada 1 Jun

No Image Caption
A
A
A

Telefon flagship 2022 didatangi dengan GMS dan teknologi inovatif

KUALA LUMPUR – Pengeluar telefon pintar terkemuka dunia, HONOR bakal menggegarkan pasaran Malaysia dengan memperkenalkan telefon pintar flagship mereka; HONOR Magic4 Pro pada 1 Jun nanti.

Kehadiran telefon pintar dengan teknologi terkini itu pastinya dinanti-nantikan oleh para peminat dan ‘pemburu’ telefon flagship dari HONOR itu. Apa yang mungkin membuatkan anda lebih teruja lagi, HONOR Magic4 Pro disahkan hadir dengan GMS yang memudahkan lagi pengguna di Malaysia.

Untuk para peminat dan pelanggan menyaksikan sendiri kehebatan telefon pintar flagship ini, HONOR bakal menyiarkan siaran langsung pelancaran HONOR Magic4 Pro di laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang.

No Image Caption

Setelah tidak lagi bersama HUAWEI, HONOR terus mengorak langkah bagi mencipta kejayaan untuk menjadi jenama teknologi ikonik global seterusnya, HONOR bakal menjadi pilihan terbaik pengguna Huawei yang ingin memiliki telefon pintar dengan GMS.

HONOR Magic4Pro bakal menjadi solusi terbaik untuk menyelesaikan isu dan masalah yang didepani oleh pengguna telefon pintar hari ini dengan teknologi inovatif terkini.

No Image Caption

Sesuai dengan jolokan ‘telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai", HONOR Magic4 Pro dilengkapi dengan segala tuntutan yang diingini dalam teknologi inovatif – seperti paparan 1920Hz PWM Dimming LTPO yang mengurangkan penggunaan bateri dan dalam masa sama juga melindungi mata anda.

Bagi anda yang obsesi dengan fotografi dan videografi, Ultra Fusion Photography yang menawarkan videografi sinematik pada telefon pintar pastinya dapat memenuhi semua kemahuan anda untuk merakam gambar dan video yang terbaik. Bukan itu saja, pengecasan tanpa wayar 100W yang pertama dalam industri dan prestasi flagship terunggul adalah satu teknologi terkini yang tak boleh anda lepaskan.

No Image Caption

Segalanya bukan omong kosong sahaja, kerana ia telah terbukti apabila baru-baru ini HONOR Magic4 Pro telah memenangi beberapa anugerah di Mobile World Congress (MWC) 2022 kerana teknologinya yang inovatif, membuatkannya lebih menarik daripada telefon pintar jenama lain dalam kelasnya. Antaranya termasuk anugerah “Telefon flagship terbaik MWC2022”.

Hati anda pastinya akan terpaut dan jatuh cinta pandang pertama dengan nilai estetika simetri yang ada pada HONOR Magic4 Pro dengan reka bentuk ikoniknya; Eye of Muse.

No Image Caption

Bercerita pula tentang keupayaan dan prestasinya, HONOR Magic4 Pro dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G generasi baharu, kuasa cip, pemprosesan imej, prestasi AI telah dinaik taraf.

HONOR Magic4 Pro bakal menjamin privasi pengguna dengan fungsi perisian dan perkakasan, termasuk AI Privacy Call yang menyelesaikan masalah kebocoran maklumat sensitif yang disebabkan kebocoran bunyi semasa panggilan telefon dan sememangnya layak dipanggil ‘telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai’.

Untuk maklumat terkini tentang HONOR Magic4 Pro, layari https://www.hihonor.com/my/phones/honor-magic4-pro/. Jangan lupa menonton siaran langsung pelancaran pada jam 3 petang, 1 Jun 2022 di Facebook rasmi HONOR Malaysia atau menontonnya di ASTRO GEMPAK dan ERA FM.