22 kes HFMD babit 39 murid prasekolah

Rais (enam dari kiri) dan Sulaiman (lima dari kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Tokoh Guru pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di Banda Hilir pada Selasa.
Rais (enam dari kiri) dan Sulaiman (lima dari kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Tokoh Guru pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di Banda Hilir pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Sekolah Kebangsaan (SK) di Alor Gajah merekodkan kes paling tinggi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan bilangan 21 sekolah membabitkan seramai 39 murid prasekolah di Melaka.

Exco Pendidikan dan Teknologi, Datuk Rais Yasin berkata, setakat malam Isnin sebanyak 22 SK telah telah dilaporkan termasuk satu kes yang direkodkan di daerah Melaka Tengah menjadikan jumlah keseluruhan murid yang telah dijangkiti HFMD seramai 39 murid.

Menurutnya, kes berkenaan membabitkan murid-murid prasekolah berusia lima dan enam tahun, malah ada di antara sekolah mencatatkan sehingga empat murid di daerah Alor Gajah yang disahkan mengalami HFMD.

"Setakat ini keadaan masih terkawal dan tiada sekolah mahupun kelas prasekolah yang diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

"Di daerah Jasin tidak ada cuma kita akan berikan sedikit tumpuan di daerah Alor Gajah bagi mengekang penularan HFMD," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Banda Hilir pada Selasa.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari.

Mengulas lanjut beliau berkata, sesi persekolahan secara bersemuka masih berjalan seperti biasa termasuk aktiviti di luar bilik darjah iaitu aktiviti kokurikulum dan sukan dibenarkan.

Artikel Berkaitan:

Justeru beliau berharap ibu bapa tidak panik dan Jabatan Pendidikan Negeri juga telah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya ternampak gejala itu, ia perlu diberikan perhatian dan tindakan agar agar tidak merebak kepada murid lain.

"Kita juga berpesan kepada ibu bapa kalau terdapat anak yang mempunyai gejala HFMD diminta jangan hantar anak mereka ke sekolah," katanya.