Kes Covid-19 rekod 1,544 jangkitan baharu, dua kematian

Sebanyak 25,148 kes aktif Covid-19 direkodkan dengan 24,009 individu sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 22 pula ditempatkan di PKRC. - Foto fail Bernama
Sebanyak 25,148 kes aktif Covid-19 direkodkan dengan 24,009 individu sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 22 pula ditempatkan di PKRC. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,544 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini adalah sebanyak 4,455,783.

Menurut data di portal CovidNow, daripada kes yang dilaporkan, sebanyak tiga kes merupakan kes import jangkitan dari luar negara.

Dalam pada itu, sebanyak dua kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan setakat tengah malam Isnin.

Daripada kes berkenaan, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,645 orang daripada 4,455,783 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Ketika ini sebanyak 25,148 kes aktif direkodkan dengan 24,009 individu atau 95.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 22 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 1,078 atau 4.3 peratus lagi dirawat di hospital dengan 39 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada 39 pesakit yang ditempatkan di ICU, 25 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu juga, sebanyak 2,905 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,432,071.