ADUN Sindumin sah sertai UMNO semula

Bung Moktar dan Dr Yusof (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan borang ahli UMNO bagi mereka yang ingin menyertai UMNO ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri beliau di Kampung Palakat, Sipitang.
Bung Moktar dan Dr Yusof (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan borang ahli UMNO bagi mereka yang ingin menyertai UMNO ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri beliau di Kampung Palakat, Sipitang.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob secara rasminya menyertai UMNO semula.

Penyertaan beliau ke dalam UMNO diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Ahad.

Bung Moktar berkata, UMNO Sabah sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa saja sama ada pernah bersama UMNO dulu atau mereka yang baru ingin menyertai parti itu.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan kemasukan Datuk Dr Yusof Yacob dan rakan-rakan lain bekas ahli Parti Warisan (Warisan) dan diikuti oleh bekas Ketua-Ketua Penerangan Warisan di lima Bahagian pada hari ini (Ahad).

"Ini akan memperkukuhkan parti," katanya ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri beliau di Kampung Palakat, di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut sokongan rakyat kepada UMNO di Sabah ketika ini, beliau yakin rakyat kembali yakin dan menyokong penuh UMNO dan BN bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sentimen katanya, akan membantu BN dalam PRU15 akan datang.