X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

ADUN Sindumin akan sertai BN

Yusof bersama Bung Moktar ketika hadir pada majlis Jamuan Aidilfitri BN Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis.
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Dr Yusof Yacob akan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.

Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin berkata, hasrat untuk menyertai BN sudah disampaikan kepada Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

"Saya sudah (sampaikan hasrat), borang sudah isi, nanti ada masanya. Maksud saya, kita harus lupakan yang lalu dan kita mahu lihat ke hadapan kerana kami sayang generasi muda seperti anak-anak muda ini yang perlu bimbingan.

"Kami di atas ini tidak banyak kami fikir, kita fikirkan masa depan Sabah dan generasi muda," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Aidilfitri BN Sabah di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kehadiran beliau pada majlis itu seolah-olah memberi gambaran akan menyertai BN semula.

Sementara itu, Bung Moktar ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, secara prinsipnya BN Sabah menerima hasrat Yusof untuk kembali kepada BN.

"Sampai masanya nanti kita maklumkan dalam masa terdekat. Secara prinsipalnya sudah terima (permohonan masuk BN)," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, BN sentiasa terbuka untuk menerima Yusof untuk menyertai BN.

"Saya sudah lama minta dia fikir-fikirkan tetapi masanya belum sampai," ujarnya.

Sinar Harian pada 21 April lalu melaporkan bahawa Yusof memberi bayangan akan menyertai sebuah parti lain dan perkara itu bakal diumumkan nanti.

Yusof keluar daripada Warisan pada Oktober tahun lalu dan menyatakan pendiriannya untuk kekal sebagai ADUN Bebas yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!