X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

[VIDEO] Rogol: Bapa saudara mangsa dipercayai mabuk

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan dirogol ketika menumpang tidur di rumah bapa saudara kerana nenek yang menjaganya pulang ke kampung di Pendang selama dua hari.
A
A

SUNGAI PETANI - Polis tidak menolak kemungkinan lelaki yang merogol anak saudaranya di Bandar Mutiara kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu berada dalam keadaan mabuk ketika perbuatan itu dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan lanjut mengenai dakwaan itu masih dijalankan.

Menurutnya, dalam kejadian itu, lelaki berusia 34 tahun yang merupakan bapa saudara mangsa melakukan perbuatan terbabit ketika remaja perempuan berusia 15 tahun lapan bulan itu menumpang tidur di rumahnya.

"Turut berada dalam bilik tidur sama ialah ibu saudara (isteri suspek) dan dua orang sepupu mangsa yang berusia tujuh serta lapan tahun.

"Kita percaya pasangan suami isteri itu berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku.

"Minuman jenis apa tidak pasti tetapi mereka (bapa dan ibu saudara mangsa) dalam keadaan mabuk," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu, suspek dikatakan masuk ke bilik tidur sebelum meraba dan merogol mangsa.

Mangsa dikatakan tidak menjerit disebabkan takut dengan tindakan bapa saudaranya.

Isteri suspek yang berada dalam bilik yang sama tidak menyedari perbuatan itu kemungkinan tertidur disebabkan mabuk.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan dirogol ketika menumpang tidur di rumah bapa saudara kerana nenek yang menjaganya pulang ke kampung di Pendang selama dua hari.

Difahamkan, mangsa yang tidak lagi bersekolah tinggal bersama neneknya sejak setahun lalu.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

@sinarharianonline Harapkan pagar, pagar makan padi #fyp #TrendingNewsMalaysia #BuletinTikTok #TikTokNews #Rogol #Mabuk #Viral original sound - Sinar Harian


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!