X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Orang dewasa juga boleh dijangkiti HFMD

Jika dahulu dianggap penyakit ini terkesan pada kanak-kanak sahaja tetapi kini ramai yang terkejut apabila dimaklumkan orang dewasa juga berpotensi terkena virus ini. - Foto 123RF
A
A

KINI tular mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut atau disebut HFMD. Jika dahulu dianggap penyakit ini terkesan pada kanak-kanak sahaja tetapi kini ramai yang terkejut apabila dimaklumkan orang dewasa juga berpotensi terkena virus ini.

Jadi peningkatan kes ini membimbangkan.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam satu kenyataan menggesa orang ramai khususnya pengusaha serta penjaga kanak-kanak untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti sentiasa memastikan premis terutama lantai, bilik air dan peralatan yang digunakan supaya dalam keadaan bersih.

Apakah HFMD dan apakah implikasinya kepada kesihatan? Berdasarkan soal jawab yang disediakan oleh Sektor Zoonosis, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai HFMD ini, sesiapa sahaja pada semua peringkat umur boleh terdedah, tetapi kanak-kanak berusia di bawah lima tahun paling mudah mendapat jangkitan.

Antara kesannya adalah demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Ulser pada mulut akan timbul. Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari. Namun tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti akan mengalami tanda dan gejala yang sama.

Apabila telah dijangkiti, jika mempunyai tanda-tanda seperti sakit kepala, pening, ketegangan pada leher, perasaan cepat marah, mengantuk, sawan, pergerakan tak normal, pernafasan cepat atau mudah lesu, itu bermakna mengalami kesan HFMD yang teruk, boleh memberi impak kepada otak ataupun jantung.

Justeru, jangan ambil mudah dengan penyakit ini kerana ia boleh memberi kesan yang lebih teruk. Apatah lagi belum ada rawatan khusus untuk melawan virus ini. Berhati-hatilah.

Jadi, jangan lupa untuk terus bantu sebarkan maklumat yang berguna ini supaya setiap orang di sekelililing kita berjaga-jaga dan paling penting utamakan kebersihan dengan kerap mencuci tangan terutamanya selepas menyentuh pesakit HFMD atau barangan yang digunakan pesakit.

Penyakit ini mudah berjangkit, hanya dengan menjaga kebersihan dapat mengurangkan risiko terkena virus ini. Ibu bapa perlulah tingkatkan penjagaan kebersihan kepada anak-anak mereka.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!