X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Jangan pandang rendah Oman

Skuad hoki negara giat berlatih sebagai persiapan menghadapi Piala Asia 2022 di Jakarta. - Foto FB MHC
A
A

PENGURUS pasukan skuad hoki lelaki kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi tidak mahu barisan pemainnya memandang rendah kemampuan Oman pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Kejohanan Piala Asia 2022 di Jakarta pada Isnin.

Beliau sebaliknya menuntut setiap pemain mempamerkan aksi terbaik pada setiap perlawanan yang dihadapi dalam kejohanan tersebut.

Katanya, skuad Timur Tengah itu beraksi baik dalam perlawanan kelayakan Sukan Asia Hangzhou 2022 di Bangkok, Thailand tempoh hari dan kali terakhir Malaysia berdepan Oman pada 2018.

"Kami tidak boleh mengambil ringan tentang keupayaan Oman. Apa yang pasti pemain-pemain akan turun dengan matlamat untuk mengutip tiga mata,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Kejohanan Piala Asia 2022 bermula esok hingga 1 Jun ini.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Bangladesh, Korea Selatan dan Oman manakala Kumpulan A terdiri daripada India, Indonesia, Jepun dan Pakistan.

Malaysia akan menentang Oman pada 11.45 pagi waktu Indonesia barat esok (12.45 tengah hari waktu tempatan) di Stadium hoki Gelora Bung Karno.

Untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Kejohanan Piala Asia 2022, Mirnawan berkata skuad negara telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama Jepun pada Jumaat lepas selain telah menjalani empat sesi latihan di Jakarta.

"Seluruh pemain dan pasukan telah dapat membiasakan diri dengan suasana di tempat penginapan dan lapangan di Stadium hoki Gelora Bung Karno,” katanya dan menambah moral dan semangat pasukan kini berada ditahap yang tinggi.

Mirnawan berkata, meskipun skuad negara mempunyai ranking tinggi, namun ia bukanlah tiket untuk pasukan mengabaikan ancaman daripada pasukan lain.

"Apabila kejohanan ini bermula, ranking ini tidak bermakna sama sekali. Apa yang penting adalah prestasi di atas pandang sepanjang kejohanan. Saya pasti pasukan lain mempunyai impian yang sama.

"Saya jangkakan satu kejohanan yang begitu kompetitif di antara semua pasukan dalam edisi 2022,” kata Mirnawan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!