X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Penjenayah cuba rasuah polis RM4 juta

Ricardo Esparza - Foto Scott County Jail
A
A

DAVENPORT - Seorang lelaki yang ditangkap kerana cuba mencuri beg tangan seorang wanita dituduh mahu memberi rasuah sebanyak AS$1 juta (RM4.3 juta) kepada anggota polis yang menangkapnya di Davenport baru-baru ini.

Pada mulanya, lelaki itu, Ricardo Esparza, 49, mengikut wanita itu menyusuri lorong di bandar raya tersebut di Amerika Syarikat (AS) sejurus selepas jam 8 malam, menurut dokumen penahanan yang diperoleh oleh akhbar The Waterloo-Cedar Falls Courier.

Apabila wanita itu menoleh ke arahnya, dia merampas beg tangan yang tergantung di bahunya.

Semasa Esparza cuba merampas beg tangan itu, dia menumbuk muka wanita tersebut, kata polis.

Mangsa, yang tidak cedera kemudian menghubungi polis yang menemui Esparza tidak jauh dari lorong itu, kata laporan itu.

Suspek kemudian ditangkao polis.

Semasa berada di belakang kereta polis, dia menawarkan kepada anggota polis yang menangkapnya sebanyak AS$1 juta untuk membebaskannya.

Esparza berkata, dia boleh memindahkan wang itu terus ke dalam akaun bank atau memberikannya secara tunai kepada anggota-anggota polis yang menangkapnya.

Dia yang ditahan dengan bon tunai sebanyak AS$10,000 (RM43,890) di Penjara Scott County akan dibicarakan pada 27 Mei di Mahkamah Daerah Scott. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!