Pheu Thai bergabung dengan enam parti

Sidang media parti prodemokrasi pimpinan Pheu Thai di Hotel Lancaster di Bangkok untuk mengumumkan rancangan mereka membentuk kerajaan. - Foto Straits Times
Sidang media parti prodemokrasi pimpinan Pheu Thai di Hotel Lancaster di Bangkok untuk mengumumkan rancangan mereka membentuk kerajaan. - Foto Straits Times
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Parti populis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, hari ini mendakwa ia mempunyai sokongan mencukupi daripada enam parti lain untuk membentuk kerajaan, tiga hari selepas pilihan raya umum Thailand berlangsung.

Pemimpin de facto parti Pheu Thai, Sudarat Keyuraphan bersama calon perdana menteri parti itu memaklumkan pakatan mereka menguasai kira-kira 255 kerusi daripada 500 kerusi Parlimen.

Jelasnya, parti terbabit juga akan berunding dengan parti lain untuk meraih sokongan mereka.

Pakatan itu bagaimanapun dijangka tidak dapat memilih perdana menteri yang memerlukan gabungan undi Senat yang dilantik sepenuhnya oleh junta tentera yang menggulingkan kerajaan dipimpin Pheu Thai pada 2014.

Difahamkan, keputusan tidak rasmi pilihan raya itu telah ditangguhkan sehingga Jumaat ini berikutan kekeliruan kiraan undi selain dakwaan berlaku penipuan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan penuh akan diumumkan pada 9 Mei depan.

Setakat ini, EC hanya mengumumkan senarai pemenag awal dalam kalangan 350 kerusi kawasan pilihan raya yang dipertandingkan tanpa memberi butiran lanjut tentang margin kemenangan. - Straits Times

Artikel Berkaitan: