X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Sukan SEA: Emas beregu campuran badminton dalam genggaman

Pang Ron-Yee See (gambar kiri), Tang Jie-Yen Wei
A
A

SEBUTIR pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA Hanoi 2021, esok.

Lebih manis, kejayaan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mara ke pentas akhir itu juga mengakhiri 23 tahun kemarau pingat emas Malaysia dalam acara berkenaan pada temasya Sukan SEA.

Pertemuan sesama sendiri pasangan Malaysia itu selepas masing-masing menundukkan lawan dari Indonesia, sekali gus mengesahkan pingat emas dan perak buat skuad negara dalam acara berkenaan.

Kali terakhir Malaysia mengungguli acara berkenaan pada Sukan SEA ialah pada edisi 1999 di Brunei menerusi gandingan Chew Choon Eng dan Chor Hooi Yee.

Pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Bac Giang hari ini, Tang Jie-Yen Wei mengesahkan slot ke final selepas menumpaskan Rinov Rivaldy-Pitha Mentari 20-22, 21-13, 21-18.

Pang Ron-Yee See pula melengkapkan kejayaan berganda Malaysia ke atas Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso dengan kemenangan 18-21, 21-16, 21-17.

Sementara itu, beregu wanita negara Yee See yang bergandingan dengan Cheng Su Hui terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila tumpas kepada gandingan dari Thailand Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, 16-21, 6-21 pada aksi separuh akhir, pada Sabtu - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!