Kerani rugi RM8,888

fb: Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan taktik sindiket ini

Mohd Wazir
Mohd Wazir
A
A
A
KUANTAN – Seorang kerani mengalami kerugian RM8,888 selepas menyerahkan nombor nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kepada anggota sindiket scam yang menghubunginya menggunakan aplikasi WhatsApp awal Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 36 tahun tinggal di Lorong Sri Kuantan telah menerima mesej WhatsApp daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Kamrulzamani.

Menurutnya, Kamrulzamani mendakwa isterinya tersilap menghantar nombor TAC berkenaan ke telefon bimbit milik mangsa dan meminta mangsa menghantar semula nombor TAC berkenaan kepadanya untuk proses memindahkan wang.

“Mangsa kemudian membuat semakan dan mendapati memang terdapat nombor TAC yang dihantar melalui mesej khidmat pesanan ringkas (SMS), tanpa mensyaki apa-apa kemudian membuat tangkapan skrin dan menghantarnya kepada lelaki itu melalui WhatsApp.

"Tidak lama kemudian dia menerima mesej daripada pihak bank menyatakan bahawa terdapat satu transaksi wang sebanyak RM8,888.88 dari akaunnya kepada dalam akaun lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa merasakan dirinya tertipu segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam.

Susulan laporan dibuat mangsa, polis membuka kertas siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mohd Wazir turut menasihati orang ramai supaya lebih peka dengan taktik sindiket ini kerana mereka menggunakan pelbagai helah untuk menipu.

Beliau mengingatkan kepada orang ramai jangan sekali-kali menyerahkan nombor TAC yang diterima menerusi SMS kepada orang lain sekiranya tidak membuat sebarang transaksi, sebaliknya mereka perlu terus menghubungi bank.
Artikel Berkaitan: