Import Perancis senjata baharu KTRW

CELESTINE Foto: The Real Warriors
CELESTINE Foto: The Real Warriors
A
A
A

 

KELANTAN The Real Warriors (KTRW) memperkukuhkan jentera serangan gergasi Pantai Timur itu dengan mendapatkan khidmat pemain import dari Perancis, Enzo Celestine, bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

 

Kelab itu memaklumkan Celestine telah menandatangani kontrak bersama pasukan dan dijangka membuat penampilan sulung dalam aksi Piala Cabaran menentang Imigresen FC pada Jumaat ini.

 

Menurut kenyataan KTRW, pemain berusia 28 tahun itu akan digandingkan bersama penyerang tempatan dalam usaha memperbaiki kedudukan pasukan dalam carta Liga Super.

 

Celestine memiliki pengalaman luas beraksi di Eropah apabila pernah menyertai beberapa kelab di Perancis selain beraksi dalam liga Romania bersama Arges Pitesti.

 

Artikel Berkaitan:

Pemain berketinggian 1.90 meter itu juga pernah beraksi di Asia, termasuk Liga Indonesia bersama Persipura Jayapura, Persibo Bojonegoro dan Persikad Depok.

 

“Beliau menunjukkan konsistensi serta ketajaman di hadapan gol sepanjang beraksi dalam Liga 2 Indonesia dan diharapkan mampu menjadi penyerang utama pasukan,” menurut kenyataan itu.

 

KTRW kini berada di kedudukan ke-10 Liga Super selepas mengharungi 16 perlawanan dengan mengumpul 15 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan sembilan kekalahan. – Bernama

 

Ringkasan AI

  • KELANTAN The Real Warriors mendapatkan pemain import dari Perancis, Enzo Celestine
  • Celestine menandatangani kontrak dengan KTRW dan akan bermain dalam Piala Cabaran menentang Imigresen FC
  • Pemain berusia 28 tahun itu akan digandingkan bersama penyerang tempatan untuk meningkatkan prestasi pasukan
  • Celestine memiliki pengalaman bermain di Eropah dan Asia, termasuk di Liga 2 Indonesia
  • KTRW berada di kedudukan ke-10 Liga Super setelah 16 perlawanan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!