Mayat lelaki disyaki pasangan suami isteri dikhuatiri lemas ditemui

Mayat seorang lelaki disyaki pasangan suami isteri yang lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman ditemui kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman pada Jumaat.
Mayat seorang lelaki disyaki pasangan suami isteri yang lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman ditemui kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman pada Jumaat.
A
A
A

KEMAMAN - Mayat seorang lelaki disyaki pasangan suami isteri yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal, di sini ditemui kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 2.10 petang.

"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman telah menerima aduan berhubung penemuan mayat seorang lelaki sebelum mengatur gerak bot Penggalang 17 ke lokasi kejadian.

"Mayat yang ditemui disyaki salah seorang daripada pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang dipercayai lemas di Pantai Penunjuk Kijal awal pagi tadi," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Mayat seorang lelaki disyaki pasangan suami isteri yang lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman ditemui kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman pada Jumaat.
Mayat seorang lelaki disyaki pasangan suami isteri yang lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman ditemui kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata, komuniti maritim dan masyarakat dinasihati supaya sentiasa berhati-hati ketika beriadah di kawasan pantai dan peka terhadap sebaranh perubahan cuaca.