X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung

Harga tiket Muzium Melaka akan naik pada Jun depan.
A
A

MELAKA - Kenaikan harga tiket masuk ke lima muzium di Melaka tidak akan merencatkan usaha menarik sekurang-kurangnya 500,000 pengunjung ke negeri tersebut pada tahun ini.

Pengerusi Perbadanan Muzium negeri, Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi memastikan muzium terus relevan sebagai destinasi untuk dilawati di Melaka.

"Kenaikan harga dari RM6 kepada RM10 itu bagi menampung kos pengurusan semakin meningkat selain beberapa strategi akan direalisasikan dalam mempromosikan muzium-muzium sedia ada.

"Ini termasuk usaha membuat pertukaran artifak-artifak di muzium negeri ini dengan muzium negeri lain secara pinjaman untuk nilai tambah lokasi pelancongan itu. Artifak yang ada di Melaka akan diberi pinjam kepada muzium negeri lain dan artifak negeri lain dibawa masuk ke Melaka

"Kami juga akan berusaha membawa kapal pelayar negara, Datuk Azhar Mansor ke sini sebagai

satu artifak berharga yang perlu dipamerkan," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Khamis.

Tambah Akramuddin, beliau berharap orang ramai melihat kenaikan harga tiket itu dari sudut positif.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!