X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Semua Exco Kedah berkhidmat sejak perubahan kepimpinan dikekalkan

Dr Ku Abdul Rahman mengangkat sumpah memegang jawatan Exco di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit pada pagi Khamis.
A
A

ALOR SETAR – Kesemua Exco Kedah yang berkhidmat untuk tempoh dua tahun pertama sejak berlaku perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri pada Mei 2020 dikekalkan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, kesemua Exco terlibat juga telah mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit pada pagi Khamis.

“Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut hadir ke majlis berkenaan yang bermula jam 10.30 pagi.

“Selain dikekalkan jawatan sebagai Exco, kesemua mereka juga dipertanggungjawabkan dengan portfolio yang sama dipegang sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan dan berangkat mengurniakan tauliah pelantikan barisan Exco Kedah bagi tempoh dua tahun lagi.

Menurut senarai Exco Kedah yang dikeluarkan, Muhammad Sanusi kekal memegang portfolio Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Majlis Ekonomi Kedah dan Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail kekal sebagai Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Inovasi.

ADUN Tokai, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dilantik semula sebagai Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin memegang portfolio Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Portfolio Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga kekal disandang ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, manakala Exco Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali masih menyandang Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan.

ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad kekal sebagai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan dan ADUN Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim memegang portfolio Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Bagi portfolio Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia ia kekal disandang ADUN Kupang, Datuk Najmi Ahmad,manakala ADUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad masih mengalas tanggungjawab sebagi Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Selain itu, ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee turut dilantik semula sebagai Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!