X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

PM hadir jamuan Aidilfitri BN Sabah

Ismail Sabri beramah mesra dengan tetamu yang hadir ke jamuan Aidilfitri BN Sabah di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, pada Khamis.
A
A

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Sabah untuk menghadiri majlis jamuan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Sabah di The Magellan Sutera Resort di sini, pada petang Khamis.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO tiba pada jam 4 petang diiringi Pengerusi BN Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketibaan beliau disambut pemimpin-pemimpin komponen BN termasuk Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup; Ketua Wanita MCA Sabah, Dr Pamela Yong dan Ketua MIC Sabah, Peer Mohamad Kadir.

Turut menyambut ketibaan beliau, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim dan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Ismail Sabri ketika hadir sempat meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu dan dianggarkan kira-kira 3,000 orang hadir di majlis berkenaan.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis jemputan termasuk juara Big Stage Elica Paujin, Masmona Buskers, Qhalisya, Nur Fazz dan Lops serta Wan Waila.

Perdana Menteri dijadualkan hadir ke majlis perasmian jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia pada Jumaat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!