X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Tahniah rakyat Malaysia: KJ

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal jangkitan Covid-19 dalam musim perayaan ini.

Beliau berkata, ia dibuktikan apabila jangkaan ramai pihak bahawa jangkitan wabak itu akan naik mendadak selepas sambutan Aidilfitri berlaku sebaliknya.

“Tahniah rakyat Malaysia. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sengat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka.

“Jadi maknanya rakyat Malaysia sudah tahu macam hendak hidup dengan Covid-19 dan mereka juga tahu sekiranya ada gejala, jangan keluar, jangan campur dengan masyarakat untuk asingkan diri.

“Jadi nampak rakyat Malaysia memang ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Hari Asma Sedunia 2022 di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jangkaan pihak tertentu bahawa kes Covid-19 akan naik mendadak selepas sambutan Aidilfitri tetapi apa yang berlaku ketika ini sebaliknya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, selain pematuhan SOP yang baik dalam kalangan rakyat negara ini, faktor vaksinasi tinggi juga turut mendorong kejayaan Malaysia membendung jangkitan wabak yang boleh membawa maut itu.

“Vaksinasi ini membantu mengurangkan kesan yang buruk (kepada pesakit Covid-19) dan kita tengok sekarang ini hospital kita tidak lagi penuh dengan kes Covid-19.

“Keadaan ini membolehkan banyak kes lain dapat kita selesaikan sekarang bagi tumpuan bagi asma dan penyakit serius yang lain,” katanya.

Ujarnya, tahap pematuhan tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ini juga secara tidak langsung turut membolehkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak perlu lagi menguatkuasakan undang-undang dengan memberikan kompaun seperti mana yang dilaksanakan sebelum ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!