[VIDEO] Penghantar makanan mengaku salah hantar bahan lucah di Instagram

Muhammad Khair ketika keluar daripada kamar perbicaraan Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis.
Muhammad Khair ketika keluar daripada kamar perbicaraan Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang penghantar makanan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas dua pertuduhan memulakan komunikasi bahan lucah menerusi aplikasi media sosial, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Khair Maani, 25 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Khair didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi media sosial Instagram secara sedar telah memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan video lucah sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua pertuduhan itu dilihat di Blok C, Taman Ungku Tun Aminah di sini, kira-kira jam 8.50 pagi pada 25 Januari 2020.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mahkamah menetapkan 19 Jun depan untuk sebutan semula kes dan jatuhan hukuman.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim.

@sinarharianonline Gunakan media sosial dengan sebaiknya! #fyp#BuletinTikTok#TrendingNewsMalaysia#TikTokNews#BahanLucah#MediaSosial#Instagram original sound Sinar Harian