Sila log masuk terlebih dahulu.

Golf berpasukan lelaki tambah kutipan pingat emas negara

 Ervin Chang mengekalkan rentak cemerlang apabila menghadiahkan pingat emas kedua dalam sukan golf menerusi acara berpasukan lelaki setelah menewaskan saingan dari Thailand di Heron Lake Golf Course & Resort pada Rabu.
Ervin Chang mengekalkan rentak cemerlang apabila menghadiahkan pingat emas kedua dalam sukan golf menerusi acara berpasukan lelaki setelah menewaskan saingan dari Thailand di Heron Lake Golf Course & Resort pada Rabu.
A
A
A

PASUKAN golf lelaki diwakili Ervin Chang, Marcus Lim dan R.Haasrikanesh tambah koleksi pingat emas kontinjen negara pada Sukan SEA Hanoi 2021 setelah menewaskan pasukan dari Thailand di Heron Lake Golf Course & Resort pada Rabu.

Ia merupakan emas kedua daripada sukan golf setelah Ervin meraih emas pertama apabila memenangi acara individu lelaki pada Ahad.

Pada acara individu lelaki Ahad lalu, Ervin menewaskan atlet Indonesia, Amadeus Susanto Christian (70-71-68) dalam perlawanan ‘play-off’ tiga lubang setelah kedua-duanya terikat pada kedudukan tujuh di bawah par 209 selepas mengharungi tiga pusingan.

Kejayaan itu sekali gus, menamatkan penantian kontinjen negara selama 20 tahun bagi meraih pingat dalam sukan golf di pentas Sukan SEA.

Sementara itu, pasukan golf wanita yang diwakili Jeneath Wong dan Mirabel Ting meraih perak bagi acara berpasukan di venue sama.

Ahad lalu, Jeneath sekadar meraih gangsa bagi acara individu dengan mencatatkan -5 di bawah par untuk tiga hari pertandingan.

Artikel Berkaitan: