1,469 kes baharu Covid-19, tiga kematian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,469 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,481,278 kes.

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan itu, sebanyak tiga kes adalah kes import.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal CovidNow melaporkan tiga kematian baharu termasuk dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,623 orang daripada lebih 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 30,509 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 29,271 atau 95.9 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 20 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,182 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 36 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 kes memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 19 kes lagi memerlukan mesin ventilator.

Sementara itu, sejumlah 1,836 kes sembuh turut direkodkan pada Selasa dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,415,146 kes.

Artikel Berkaitan: