LPT3: Industri pelancongan berkembang

FB: LPT3 bakal beri pelbagai impak positif kepada Terengganu

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Industri pelancongan di Terengganu dijangka akan terus berkembang dengan pembinaan LPT3, khususnya di daerah Besut, Setiu dan Kuala Nerus.

Berdasarkan pelan LPT3, terdapat 3 exit di Terengganu iaitu di Jertih yang menghubungkan bandar Jertih, Kuala Besut dan jeti ke Pulau Perhentian; exit Permaisuri yang menghubungkan bandar Permaisuri dan Penarik serta jeti Pulau Redang.

Manakala exit Gemuroh sedia ada menghubungkan Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

No Image Caption

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, dengan capaian akses yang lebih mudah, ia bukan sahaja mampu menarik lebih ramai pelancong dari Kelantan ke Terengganu, tapi juga pelancong dari negeri lain.

“Jika kita lihat trend pelancong yang datang, mereka memang suka ke Kelantan dan Terengganu kerana keunikan dan tarikannya yang berbeza. Namun disebabkan kekangan yang tertentu termasuk perjalanan yang panjang, jalan sesak dan sempit, mereka terpaksa membuat pilihan antara dua negeri ini.

“Kita boleh lihat kesan daripada LPT2 sebelum ini, pelancongan domestik kita meningkat mendadak terutamanya dengan promosi yang agresif sempena Tahun Melawat Terengganu.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

“Kita teruja dengan pembinaan LPT3 ini kerana saya boleh nampak, lebih ramai orang Kelantan yang akan ke Terengganu, begitu juga dengan orang luar khususnya yang cintakan keindahan pantai dan pulau di Terengganu,” katanya.

Antara tarikan pelancongan utama di Besut adalah Pulau Perhentian, Lata Tembakah, La Hot Spring, Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih, Gunung Tebu dan Luncur Udara Paragliding di Kota Putera.

No Image Caption

Di Setiu pula, terdapat Pulau Redang, Terrapuri Heritage Village, Setiu Wetlands dan Pantai Penarik manakala di Kuala Nerus, antara tarikannya ialah Pantai Teluk Ketapang, perusahaan keropok lekor di Bukit Tok Beng, Uptown Kontena dan Pantai Tok Jembal.

Jelasnya, jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut juga akan menjadi lebih pendek, begitu juga sebaliknya.

“Kita boleh majukan kawasan RnR dan buat sesuatu yang istimewa untuk menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu.

“Kita sudah boleh jangkakan lebih banyak limpahan ekonomi yang boleh dinikmati dan dirasai bersama dengan pembinaan LPT3 ini,” katanya.