Takde geng janda lagi...: Amelina

Amelina dan Fasha Sandha Foto Instagram
Amelina dan Fasha Sandha Foto Instagram
A
A
A

PENYANYI dan juga pelakon, Amelina, berkongsi rasa sedih dan dalam masa sama gembira dengan perkahwinan aktres berbakat besar, Fasha Sandha yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Secara berseloroh menerusi Instagram, Ratu Dangdut Malaysia itu memberitahu, dia juga yang akhirnya masih bersendiri menanti putera idaman yang tidak kunjung tiba.

"Kaklong tengah sedih ni sebab adik Kaklong seorang ni dah nak kahwin. Ala... Kaklong dah takde geng janda lagi dah.

"Tahniah sayangku Fasha Sandha, sebab akhirnya dipertemukan dengan lelaki yang baik. Kaklong juga mereput menanti prince charming tak sampai2!" tulisnya pada entry video yang memaparkan dirinya berduet bersama Fasha menyanyikan lagu Janda Anak Enam.

Fasha dan pelakon, Aidil Aziz dijangka akan bernikah di kampung halaman Fasha di Perlis, hujung minggu ini.

No Image Caption

Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di Rembau, Negeri Sembilan pada April ini.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.