X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Resah tepung gandum naik harga

Bekalan tepung gandum di sebuah pasar raya di Seksyen 32, Shah Alam. (Gambar kecil dari kiri: Anis Farhana, Fazilah)
A
A

SHAH ALAM - Selepas beberapa barangan keperluan asas mengalami kenaikan harga sejak kebelakangan ini, kini tepung gandum turut mengikut trend peningkatan harga sejak beberapa minggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya dan kedai runcit di Seksyen 30 dan 32 di sini pada Selasa mendapati walaupun bekalan tepung gandum masih terkawal, namun harganya mengalami peningkatan sebanyak 20 hingga 30 sen sekilogram.

Seorang penyelia sebuah pasar mini di Seksyen 30 di sini, Fazilah Mohd Mukhsin berkata, kenaikan harga tepung gandum mula dikesan sejak bulan Ramadan lalu.

Lebih merisaukan, dia turut dimaklumkan oleh pembekalnya bahawa harga barangan tersebut dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat.

Bekalan tepung gandum di sebuah pasar mini di Seksyen 30, Shah Alam masih mencukupi walaupun mengalami kenaikan harga sejak Ramadan lalu.
Bekalan tepung gandum di sebuah pasar mini di Seksyen 30, Shah Alam masih mencukupi walaupun mengalami kenaikan harga sejak Ramadan lalu.

"Buat masa ini (bekalan tepung gandum) masih baik, tapi harganya sudah meningkat sekitar RM3 hingga RM4 sekotak yang mengandungi 10 pek tepung gandum seberat sekilogram.

"Tapi saya dengar harga tersebut dijangka akan terus meningkat, tidak pasti berapa banyak tapi kita akan lihat dalam masa dua minggu lagi," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Seorang pengusaha kedai makan di Seksyen 30, Mardiana Othman, 47 berkata, walaupun harga tepung gandum meningkat, dia masih menjual roti canai kosong pada harga RM1 sekeping untuk para pelanggannya.

Mardiana (gambar kecil) masih mengekalkan harga roti canai kosong sebanyak RM1 demi pelanggan walaupun terpaksa menanggung kerugian sekitar 30 peratus akibat kenaikan harga tepung gandum.
Mardiana (gambar kecil) masih mengekalkan harga roti canai kosong sebanyak RM1 demi pelanggan walaupun terpaksa menanggung kerugian sekitar 30 peratus akibat kenaikan harga tepung gandum.

Bagaimanapun, dia berasa resah dengan peningkatan harga barangan tersebut kerana keuntungan yang diperolehnya menurun sebanyak 20 hingga 30 peratus.

"Saya masih jual roti canai kosong berharga RM1, cuma margin keuntungan saya menurun sebanyak 20 hingga 30 peratus.

"Kami harap perkara ini tidak berlarutan dan kembali stabil, sebab itu kami masih kekalkan harga walaupun menanggung rugi," katanya yang berniaga di sini sejak tujuh tahun lalu.

Bagi peniaga kuih muih, Anis Farhana Khawari, 33 pula, walaupun harga tepung gandun meningkat, namun dia masih mampu menjual juadahnya pada harga yang berpatutan.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk dapatkan bekalan tepung, tapi ia sudah naik sebanyak 20 sen hingga 30 sen.

"Hanya kedai saya yang masih menjual harga 40 sen untuk sebiji kuih dan RM2 untuk lima biji kuih, (kedai) yang lain semua sudah naikkan harga," katanya yang berniaga di sini sejak tahun 2006.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!