X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Kes buli: 30 pelajar diambil keterangan

Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Mohd Fazley
A
A

NILAI - Seramai 30 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Labu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes buli melibatkan pelajar Tingkatan Dua di sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ia susulan terdapat empat laporan polis diterima setakat ini berkenaan kejadian terbabit.

"Sehingga jam 2 petang tadi, seramai 30 pelajar telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Enam pelajar dibenarkan reman sehari dan dibebaskan jam 5 petang tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, tiga pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah berasrama penuh di sini terpaksa menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban selepas dipercayai dibuli pelajar senior.

Mohd Fazley berkata, polis telah menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu pada Sabtu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!