Sila log masuk terlebih dahulu.

Rachel raih emas kedua di Hanoi

Atlet gimnastik negara, Rachel Yeoh Li Wen ketika beraksi pada Sukan SEA 2021 di Hanoi. - Foto REUTERS.
Atlet gimnastik negara, Rachel Yeoh Li Wen ketika beraksi pada Sukan SEA 2021 di Hanoi. - Foto REUTERS.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] GIMNAS artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua pada Isnin.

Pencapaian cemerlang gimnas berusia 23 tahun itu dalam acara titian imbangan, sehari selepas meraih emas dalam acara palang bertingkat, semalam.

Pada saingan pada Isnin, Rachel mempamerkan aksi mantap untuk mengutip 12.567 mata, mengatasi pencabarnya dari Filipina Aleah Finnegan Cruz yang mengutip 12.367 mata, manakala pingat gangsa milik peserta tuan rumah Pham Nhu Phuong (12.167 mata).

Ketika ditemui pemberita, Rachel berkata, pencapaian di Hanoi itu menaikkan semangatnya untuk berusaha lebih keras bagi menghasilkan keputusan membanggakan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, Julai depan dan Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Rachel berkata, sebelum turun beraksi hari ini, beliau hanya meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan dalam kedudukan tiga terbaik.

"Persaingan sangat sengit di sini dan memenangi dua pingat emas dan satu gangsa adalah pencapaian baik,” kata atlet kelahiran Pulau Pinang itu yang turut meraih gangsa dalam acara all-around individu, dua hari lepas.

Artikel Berkaitan: