Imam Bechah Salak meninggal dunia

Hilmi (kiri) menziarahi jenazah di kediaman Allahyarham di Bechah Salak.
Hilmi (kiri) menziarahi jenazah di kediaman Allahyarham di Bechah Salak.
A
A
A
KUALA KRAI - Imam Bechah Salak, Mat Din Mohamad meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai, subuh hari ini.

Terdahulu Allahyarham sesak nafas selepas mengimamkan solat Maghrib di masjid berkenaan, semalam.

Adun Guchil, Hilmi Abdullah berkata, ahli keluarga telah membawa Allahyarham ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan.

"Arwah bagaimanapun disahkan meninggal dunia subuh hari ini," katanya yang turut menziarahi jenazah arwah.

Hilmi menyifatkan, kematian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat penduduk Mukim Bechah Salak.
Artikel Berkaitan:


"Arwah menjadi tempat rujukan utama penduduk, justeru kehilangannya begitu dirasai, takziah kepada keluarga dan penduduk atas kehilangan pemimpin mereka," katanya .

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Salak selepas solat Zohor.