Tak pernah dalam sejarah Peguam Negara, KP SPRM lantikan politik

Najib pada program Debat Perdana yang julung kali menampilkannya bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
Najib pada program Debat Perdana yang julung kali menampilkannya bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tidak pernah dalam sejarah negara pelantikan Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan lantikan politik sebelum Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika ingin perangi rasuah, jangan pilih bulu.

"Kalau nak memerangi rasuah, jangan lantik peguam negara lantikan politik. Ketua Pengarah SPRM juga lantikan politik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang julung kali menampilkannya bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), di sini pada Khamis.

Debat ini mendapat kerjasama empat media iaitu Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew Daily dan Malaysia Gazette.