Korea Utara sahkan kes pertama Covid-19

Korea Utara mengesahkan kes Covid-19 yang pertama dalam tempoh lebih dua tahun. - Foto AFP
Korea Utara mengesahkan kes Covid-19 yang pertama dalam tempoh lebih dua tahun. - Foto AFP
A
A
A

PYONGYANG - Korea Utara pada Khamis mengesahkan kes Covid-19 yang pertama dalam tempoh lebih dua tahun, lapor Xinhua memetik laporan rasmi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Media kerajaan berkata, sampel telah dikumpul daripada sekumpulan pesakit pada Ahad dan mengesan terdapatnya jangkitan melibatkan subvarian Omicron dikenali BA.2.

Menurut KCNA ia sebagai 'insiden kecemasan negara paling buruk'. - Bernama