Sila log masuk terlebih dahulu.

Sarawak United kejutkan Sri Pahang FC

Pemain Sri Pahang FC diasak pemain Sarawak United pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. - Foto Sri Pahang FC
Pemain Sri Pahang FC diasak pemain Sarawak United pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. - Foto Sri Pahang FC
A
A
A

SARAWAK United FC mengejutkan Sri Pahang FC apabila menewaskan skuad Tok Gajah itu 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Sri Pahang FC membuka jaringan pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi jaringan penyerang, Manuel Federico Hidalgo Gaparini.

Ketinggalan 0-1 dilihat tidak melemahkan semangat Sarawak United FC untuk bangkit pada separuh masa kedua untuk menggasak gawang tuan rumah.

Hasilnya, penyerang Nur Shamie Iszuan Amin berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-55.

Gol berkenaan membuatkan kesebelasan pelawat semakin bersemangat untuk mengatur asakan ke pintu gol tuan rumah sebelum pemain gantian, Uche Agba menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-73 bagi gol kedua dan juga gol kemenangan pelawat.

Kemenangan itu menyaksikan Sarawak United FC berada pada kedudukan ke-10 Liga Super apabila meraih tujuh mata setelah mengharungi lapan perlawanan manakala Sri Pahang FC di kedudukan kelapan juga dengan tujuh mata setelah mengharungi tujuh perlawanan setakat ini.

Artikel Berkaitan: