Aplikasi PahangGo alami gangguan

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin
A
A
A

KUANTAN - Keralatan teknikal bagi sistem parkir digital menjadi penyebab gangguan terhadap aplikasi PahangGo selepas perlaksanaan penambahbaikan sistem dalaman yang melibatkan migrasi sistem ke server baharu.

Pengerusi PahangGo Sdn Bhd, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, pelaksanaan penambahbaikan itu telah dimaklumkan melakukan laman sosial rasmi pada 28 April lalu sebagai makluman awal kepada pengguna aplikasi terbabit.

Menurutnya, bagaimanapun penambahbaikan terhadap sistem dalaman yang melibatkan migrasi sistem ke server yang baru bermula pada 2 hingga 4 April lalu.

"Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan, kita dapati terdapat keralatan teknikal berlaku pada awal pagi mengakibatkan sebahagian kecil aplikasi penguat kuasa mengalami gangguan semasa membuat semakan parkir digital pada 5 Mei.

"Namun begitu, kita berjaya menangani ralat teknikal tersebut pada jam 11.40 pagi, hari yang sama. Seramai 24 pengguna daripada 3,823 pengguna yang menggunakan parkir digital telah terjejas dan proses permohonan pembatalan telah dimulakan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada 7 Mei lalu, sebuah akhbar mendedahkan beberapa kompaun yang dikeluarkan terhadap pengguna parkir digital aplikasi PahangGo.

Mengulas lanjut pendedahan itu, Muhammad Fakhruddin menafikan tidakselarasan sistem antara agensi menjadi punca masalah tersebut sebagaimana yang dilaporkan.

Katanya, ini kerana sistem penguatkuasaan yang digunakan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) turut dibangunkan oleh PahangGo.

"Kita (PahangGo) memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan berharap pengguna dapat menggunakan parkir digital melalui aplikasi PahangGo versi baharu yang bakal dilancarkan demi kemudahan dan pengalaman yang lebih baik.

"Bagi sebarang aduan dan permasalahan boleh hubungi melalui saluran rasmi Facebook Messenger PahangGo iaitu m.me/pahango atau talian 09-5730492," katanya.