Sila log masuk terlebih dahulu.

Tarikh peperiksaan STPM dipinda

Tarikh peperiksaan Semester Tiga dan ulangan Semester Dua Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 masing-masing dipinda kepada tarikh baharu.
Tarikh peperiksaan Semester Tiga dan ulangan Semester Dua Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 masing-masing dipinda kepada tarikh baharu.
A
A
A

PUTRAJAYA- Tarikh peperiksaan Semester Tiga dan ulangan Semester Dua Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 masing-masing dipinda kepada tarikh baharu.

Menerusi kenyataan pada Rabu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan tarikh asal Semester Tiga STPM iaitu 18, 19, 24, 25, 26 Mei dipinda kepada 25, 26 Mei dan 13, 14, 15 Jun 2022.

Bagi peperiksaan ulangan Semester Dua STPM, tarikh asal adalah 13, 14, 15, 16 Jun dipinda kepada 16, 20, 21, 22 Jun 2022.

Menurut MPM, kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester Tiga STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan ulangan Semester Dua

STPM 2021 telah dikemas kini pada 9 Mei dan boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my.

"Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel [email protected] atau melalui telefon di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665," katanya.

Artikel Berkaitan: