AFC lancar dua program baharu

Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa
Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa
A
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) melancarkan dua program baharu iaitu Advantage dan Extra-Time, bertujuan mengukuhkan lagi kapasiti Persatuan Ahli (MA) AFC dalam memperkasakan permainan dengan lebih sistematik.

Pengumuman program itu dibuat Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa pada mesyuarat ke-10 Jawatankuasa Eksekutif AFC yang diadakan di sini, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).

“Program ini akan melengkapkan Enhance Programme yang dilancarkan enam bulan lalu. Kedua-dua program Advantage dan Extra-Time disesuaikan dan direka untuk ahli.

“Hasrat kami adalah untuk merapatkan jurang dalam bola sepak Asia dan meningkatkan tahap persaingan di seluruh benua,” katanya. - Bernama