Tze Liang sumbang pingat emas ketiga negara

Tze Liang berjaya meraih emas ketiga negara di temasya Sukan SEA Hanoi selepas berjaya memungut 377.70 mata untuk berada di kedudukan pertama acara 1 meter papan anjal individu. - Foto Twitter @AtletMalaysia
Tze Liang berjaya meraih emas ketiga negara di temasya Sukan SEA Hanoi selepas berjaya memungut 377.70 mata untuk berada di kedudukan pertama acara 1 meter papan anjal individu. - Foto Twitter @AtletMalaysia
A
A
A

[DIKEMASKINI]PENERJUN lelaki negara, Ooi Tze Liang menyumbang pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Hanoi selepas menamatkan saingan acara 1 meter papan anjal individu di kedudukan pertama sebentar tadi.

Tze Liang yang sebelum ini menyumbang emas kedua Malaysia melalui acara 3m papan anjal seirama bersama gandingannya Chew Yi Wei, semalam berjaya memungut 377.70 mata untuk memungut emas kedua peribadinya pada temasya kali ini.

Lebih manis, seorang lagi penerjun negara yang melakukan debut pertamanya di temasya Sukan SEA, Betrand Rodhict Anak Lises mengiringi Tze Liang di podium apabila memenangi pingat gangsa selepas mengutip 284.90 mata keseluruhan.

Bagi pingat perak pula menjadi milik atlet Singapura, Avvir Tham Pac Lun yang memungut 286.40 mata.

Terdahulu, Nur Dhabitah Sabri menjadi penyumbang emas pertama kontinjen negara selepas mengungguli acara 1m papan anjal individu wanita.