MKT UMNO bincang tindakan Ku Li jumpa Amanah

Datuk Seri Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan
A
A
A

PONTIAN- UMNO masih belum membuat sebarang keputusan yang akan dikenakan kepada bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakannya mengadakan pertemuan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan di luar pengetahuan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan dan pandangan sebelum diluluskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

"Walaupun pucuk pimpinan belum membuat sebarang perbincangan lagi tentang perkara ini. Kita tunggu mesyuarat majlis kerja tertinggi ataupun mesyuarat pengurusan untuk membincangkan apa yang sedang dibuat Ahli Parlimen Gua Musang itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Pontian, di Rumah Citra Benut, pada Sabtu.

Ahmad Maslan (tengah) pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Pontian di Benut pada Sabtu.
Ahmad Maslan (tengah) pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Pontian di Benut pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan pertemuan dengan pimpinan Amanah yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan, Muhammad Hussin di Kota Bharu.

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed dalam satu tulisan di Facebooknya memberi gambaran satu usaha sedang digerakkan untuk menggabungkan pelbagai parti, pertubuhan bukan kerajaan dan anak-anak Kelantan yang berkebolehan untuk menawarkan satu kerajaan alternatif kepada rakyat Kelantan selain kerajaan Pas.