'Jangan ambil mudah SOP'

Kim Swee
Kim Swee
A
A
A

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee meminta para pemain The Rhinos supaya sentiasa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan semasa meraikan perayaan Aidilfitri bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kelab Kepulauan Borneo itu.

Menurut Kim Swee, kegagalan mematuhi peraturan ditetapkan dikhuatiri akan merencatkan persiapan The Rhinos mengharungi Liga Super musim ini.

“Sudah tentu sambutan hari raya tahun ini akan lebih meriah selepas kerajaan memberi kebenaran kepada rakyat untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikannya.

“Di sebalik menyambut hari raya, saya ingatkan para pemain supaya mematuhi SOP ditetapkan bagi mengelakkan penularan Covid-19 apabila kembali melapor diri bersama pasukan.

“Sebab kalau boleh kita tidak mahu terdapat dalam kalangan pemain dijangkiti Covid-19 yang sudah tentu akan menjejaskan persiapan pasukan bagi mengharungi Liga Super.

“Malah suka saya ingatkan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) kini sudah tidak lagi memberi kebenaran kepada pasukan yang terpalit dengan Covid-19 untuk menangguhkan perlawanan,” kata bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu kepada Sukan Sinar.


LIGA SUPER


JUMAAT (6 MEI)

Sarawak Utd lwn Negeri Sembilan

(Std Negeri, Kuching 8.15 mlm)

KDA lwn Melaka Utd

(Std Darul Aman, 9 mlm)

SABTU (7 Mei)

KL City lwn Sri Pahang

(Std Bolasepak Kuala Lumpur, 8.15 mlm)

LIGA PREMIER

SABTU (7 Mei)

JDT II lwn PDRM

(Std Majlis Bandaraya Pasir Gudang, 8.15 mlm)

UiTM lwn Kuching City

(Std UiTM, 9 mlm)

AHAD (8 Mei)

TFC II lwn Kelantan FC

(Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 8.15 mlm)

* Tarikh, masa, venue tertakluk pindaan