Bournemouth kembali ke kancah EPL

Kieffer Moore (tengah) meraikan kejayaannya bersama rakan sepasukan ketika bantu Bournemouth tewaskan Nottingham semalam.
Kieffer Moore (tengah) meraikan kejayaannya bersama rakan sepasukan ketika bantu Bournemouth tewaskan Nottingham semalam.
A
A
A

KELAB liga kejuaraan, Bournemouth sah akan beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas menewaskan Nottingham Forest 1-0 di Stadium Vitality awal pagi tadi.

Percaturan Scott Parker memasukkan Kieffer Moore nyata tepat apabila pemain kelahiran England itu meledak gol tunggal permainan pada minit ke-83 bagi membolehkan Bournemouth menyertai Fulham kembali ke liga tertinggi Inggeris musim depan.

“Saya gembira untuk peminat dan pemain-pemain. Mereka berhak untuk bermain di EPL musim hadapan.

“Meskipun kami gagal untuk menguasai permainan dengan baik pada babak pertama, namun pemain berjaya memperbaikinya pada separuh masa kedua.

“Meskipun mereka gagal bermain seperti apa yang dirancang sebelum ini, namun mereka berjaya menguasai permainan. Kejayaan ini adalah sangat bermakna buat pasukan,” katanya.

Kekalahan Forest itu menyaksikan mereka perlu melalui aksi playoff bersama Huddersfield Town dan dua daripada tiga pasukan, iaitu Sheffield United, Luton Town dan Middlesbrough.

Untuk rekod, The Cherries tersingkir daripada EPL musim 2019-2020 dan gagal untuk kembali ke liga divisyen utama itu musim lalu apabila tewas 2-3 kepada Brentford dalam separuh akhir playoff.