KJ santuni pesakit kanak-kanak sempena Aidilfitri

Foto Facebook Khairy Jamaluddin
Foto Facebook Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyantuni beberapa pesakit kanak-kanak dan petugas di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau pada masa sama, turut mendoakan supaya mereka tabah menghadapi ujian dan sembuh dengan segera.

Tambahnya, sambutan raya kali ini mungkin tidak semeriah yang diharapkan mereka.

“Alhamdulillah tahun ini kita dapat pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

“Namun bagi yang kurang sihat atau perlu bertugas, sambutan kali ini mungkin tidak semeriah yang diharapkan tetapi tetap bersyukur dengan keadaan yang dihadapi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Khairy turut berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan atas usaha dan pengorbanan mereka pada sambutan hari raya kali ini.

“Buat para petugas barisan hadapan kesihatan dan petugas barisan hadapan lain, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkat usaha serta pengorbanan anda semua, perayaan-perayaan pada tahun ini termasuk Aidilfitri dapat diraikan di kampung halaman,” ujarnya.