Pegawai Daerah diminta dapatkan peruntukan segera beli bot

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pegawai Daerah Nabawan diminta berhubung dengan Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk mendapatkan peruntukan segera bagi pembelian bot untuk kegunaan murid ke sekolah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya maklum dengan masalah jambatan gantung yang terputus akibat banjir baru-baru ini di Nabawan.

"Kalau bot yang mereka mahu, insya-ALLAH kita akan luluskan segera.

"Saya minta Pegawai Daerah berhubung dengan saya untuk mendapatkan peruntukan membeli bot atau enjin sangkut atau perahu.

"Saya minta Pegawai Daerah berhubung segera dengan Jabatan Ketua Menteri," katanya ketika ditemui pemberita ketika Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri Bersama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama Sabah), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Dewan Perdagangan dan Industri Asean (ACCI Sabah) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Hajiji ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri Bersama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama Sabah), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Dewan Perdagangan dan Industri Asean (ACCI Sabah) di SICC Kota Kinabalu pada Jumaat.
Hajiji ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri Bersama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama Sabah), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Dewan Perdagangan dan Industri Asean (ACCI Sabah) di SICC Kota Kinabalu pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung murid di Kampung Nangkawangan terpaksa menggunakan rakit dan 'zip line' bagi menyeberang sungai untuk ke sekolah.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan kerajaan akan membina semula jambatan gantung yang terputus itu.

"Mengenai dengan jambatan terputus ketika banjir, insya-ALLAH kerajaan akan membina jambatan baharu di kawasan itu untuk kemudahan bukan saja untuk anak-anak, murid-murid kita tetapi penduduk kampung di sekitar kawasan tersebut.

"Saya pun dapat makluman daripada Datuk Arthur Joseph Kurup pun telah menyatakan komitmen untuk memastikan bahawa jambatan gantung akan dibina semula," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kira-kira 50 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nangkawangan dan SK Layon, Nabawan terpaksa bergadai nyawa menyeberang sungai dengan menggunakan rakit dan zip line untuk berulang-alik ke sekolah.