Tuchel tak puas hati terikat dengan MU

Tuchel berkata sesuatu kepada pemain Chelsea selepas aksi persahabatan pada Khamis. - Foto Getty Images
Tuchel berkata sesuatu kepada pemain Chelsea selepas aksi persahabatan pada Khamis. - Foto Getty Images
A
A
A

TERIKAT 1-1 ketika berdepan Manchester United pada Khamis, nyata menimbulkan rasa tidak puas hati pengendali Chelsea, Thomas Tuchel yang menyifatkan skuad kendaliannya itu berhak menang dan membawa pulang tiga mata berharga.

Katanya, The Blues dilihat menguasai sebahagian besar perlawanan, namun tetap berdepan berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan United.

“Kami seharusnya menewaskan United malam ini, tetapi mereka dilihat telah beraksi cemerlang dan sekali gus menafikan hajat kami itu.

“Kami turut menguasai perlawanan kali ini, tetapi entah mengapa kami berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan mereka.

“Paling mengejutkan adalah aksi yang dipamerkan benteng pertahanan United yang berjaya mengekang asakan-asakan daripada jentera serangan kami,” katanya.

Pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford itu, Marcos Alonso membuka jaringan buat Chelsea pada minit ke-60.

Bagaimanapun, pemain United, Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-62 dan seterusnya memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Tuchel turut mengingatkan kesebelasan The Blues untuk mengekalkan fokus pada perlawanan akan datang bagi mengelakkan sebarang keputusan seri atau kekalahan berulang.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, fokus berkenaan juga perlu diberikan kepada pertandingan-pertandingan lain dan bukan hanya tertumpu kepada satu-satu pertandingan sahaja.

“Sudah banyak kali saya ingatkan pemain untuk kekal fokus pada penghujung perlawanan, namun sehingga kini kita masih berjaya dibolosi setelah mendahului.

“Diharapkan perkara seperti ini tidak berulang lagi pada perlawanan akan datang apabila kita berkunjung ke Goodison Park nanti,” katanya.