Indeks jenayah Pahang menurun

Yusri (kiri) bersalaman dengan anggota polis Pahang yang menerima Sijil Penghargaan atas khidmat cemerlang pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-212 Tahun 2019 di Pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.
Yusri (kiri) bersalaman dengan anggota polis Pahang yang menerima Sijil Penghargaan atas khidmat cemerlang pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-212 Tahun 2019 di Pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.
A
A
A

KUANTAN- Polis Pahang berjaya mencatatkan penurunan kadar indeks jenayah komersial sepanjang tahun Januari hingga Mac 2018 apabila 1,340 kes direkodkan berbanding 2,300 kes bagi tempoh sama pada tahun 2017.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata penurunan tersebut menunjukkan segala pencegahan yang dilakukan oleh Jabatan tersebut telah berjaya.

Namun, menurutnya, bagi indeks jenayah kekerasan telah mencatatkan 126 kes pada tempoh Januari hingga Mac 2018 berbanding 105 kes bagi tempoh sama, 2018.

"Ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 21 kes dan kesalahan bunuh, rogol, samun berkawan senjata api dan kes mencederakan mencatatkan peningkatan manakala bagi kes samun bersenjata api dan samun tanpa senjata mencatatkan penurunan.

"Bagi kes jenayah harta benda, kes curi dan pecah rumah mencatatkan kenaikan manakala kes curi kereta, motosikal, van, lori dan curi motosikal mencatatkan penurunan bagi tempoh Januari hingga 21 Mac 2018 dan Januari hingga 21 Mac 2019," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-212 Tahun 2019 di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata bagi kes narkotik, yang mana tangkapan sebanyak 3220 orang dilakukan bagi pelbagai kesalahan dadah yang menunjukkan peningkatan 90 orang berbanding tahun lalu.

Menurutnya, pihaknya juga mencatatkan tangkapan paling ramai di bawah Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu 2181 orang yang turut menunjukkan peningkatan 12 orang berbanding tahun lalu

Artikel Berkaitan:

"Bagi kes siasatan dan penguatkuasaan trafik, sebanyak 4256 kes kemalangan direkodkan bagi tempoh Januari hingga 22 Mac 2019 berbanding tahun lalu iaitu 4512 kes bagi tempoh sama mencatatkan penurunan kes sebanyak 256 bersamaan 5.7 peratus.

"Manakala bagi kemalangan maut pula, kita turut mencatatkan penurunan iaitu dari 95 kematian pada 2017 kepada 107 kematian tahun lalu yang menunjukkan penurunan sebanyak 11.2 %,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusri berharap agar anggota polis di negeri ini khususnya dari Jabatan Siasatan Jenayah agar terus komited untuk menghapuskan perjudian dan maksiat.

"Ini perlu supaya masyarakat setempat akan berasa lebih selamat dan selesa dari gejala aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini.

"Saya juga ingin menasihatkan agar warga polis kontinjen Pahang supaya menjaga integriti pasukan, berdisplin, tidak salahguna kuasa dan menjauhi penyalahgunaan dadah serta aktiviti yang tidak bermoral.

"Menjadi harapan saya kepada anggota polis agar bertugas dengan lebih integriti dan komited sentiasa dalam menghadapi cabaran tugasan yang akan datang,"katanya.