Alunan surah Al-Sajdah bergema di Perpustakaan Raja Tun Uda

Mastura (barisan hadapan, tengah) mengetuai lebih 100 kakitangan gedung ilmu berkenaan sempena program World QuranHour pada Selasa
Mastura (barisan hadapan, tengah) mengetuai lebih 100 kakitangan gedung ilmu berkenaan sempena program World QuranHour pada Selasa
A
A
A

SHAH ALAM - Pogram World #QuranHour di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, bergema dengan alunan bacaan kitab suci itu selama satu jam oleh lebih 100 kakitangan gedung ilmu berkenaan.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad berkata, surah Al-Sajdah dapat memberi panduan kepada umat Islam dan pemimpin negara terutamanya.

Menurutnya, surah itu dapat membantu golongan pemimpin terbabit untuk menjadi lebih baik dan mengambil tindakan dalam membantu golongan memerlukan, miskin dan anak yatim.

"Satu program yang benar-benar bermakna, kita menghentikan aktiviti lain dan hanya mendengar kata-kata dari al-Quran dan para ulama agar pemimpin melakukan perkara yang betul dengan menjaga golongan miskin, anak-anak yatim serta B40 ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan World QuranHour 2022 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini pada Selasa.

Tambahnya, program itu turut berlangsung di seluruh perpustakaan di Selangor.

Tahun ini, World QuranHour bertemakan berinteraksi dengan surah Al-Sajdah, mensasarkan misi dunia bersujud dan membentuk insan bersujud selama sejam dengan al-Quran dibaca, difahami dan diamalkan.

Program berlangsung dari jam 12 hingga 1 tengah hari itu bersiaran secara langsung melalui saluran media utama negara termasuk dalam talian dengan penglibatan lebih 2.63 bilion peserta sejak 2015.