Kurang motivasi punca Barcelona tewas

Xavi - Foto AFP
Xavi - Foto AFP
A
A
A

KEKURANGAN motivasi dilihat menjadi punca kepada kekalahan mengejut 0-1 Barcelona ke atas Rayo Vallecano di Camp Nounawal pagi tadi.

Perkara tersebut diakui pengendalinya, Xavi Hernandez sambil menyalahkan dirinya yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik sekali gus memberi kesan kepada motivasi para pemain.

"Mungkin sebelum ini motivasi pemain berada di tahap tinggi ketika mereka beraksi dengan baik dalam saingan Liga Europa.

"Bagaimanapun selepas tersingkir daripada saingan tersebut, pemain seolah tidak bersemangat kerana mereka hanya perlu kejar untuk kedudukan kedua terbaik dalam liga.

"Sebagai seorang jurulatih, saya rasa sangat bersalah kerana gagal memotivasikan pemain-pemain saya. Namun saya akan pastikan masalah ini tidak akan berulang," katanya.

Pada perlawanan tersebut, jaringan penyerang Vallecano Alvaro Garcia pada minit ketujuh menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan tersebut.

Kekalahan mengejut itu turut menyaksikan Real Madrid semakin hampir untuk meraih kejuaraan liga dengan berkelebihan 15 mata.

Madrid dijangka akan mengesahkan kejuaraan LaLiga musim ini, sekiranya skuad kendalian Carlo Ancelotti berjaya mengelak daripada tewas kepada Espanyol pada Sabtu depan.